KOTA KINABALU: Sebanyak 52 kes didaftarkan untuk dibicarakan di Mahkamah Anak Negeri Daerah (MAND) Kota Kinabalu sejak 2012 hingga kini.
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu, tujuh kes didaftarkan untuk dibicarakan di MAND Kota Kinabalu tahun ini, dan mahkamah itu terletak di Tingkat 7, Bangunan Centre Point di sini di bawah kawal selia Jabatan Perundangan DBKK.
Menurutnya mahkamah itu yang beroperasi berdasarkan Enakmen Mahkamah Anak Negeri (Pindaan) 2011, memperuntukan Mahkamah Anak Negeri Daerah hendaklah terdiri daripada Mayor suatu bandar raya sebagai ketua serta dua orang ahli lain iaitu Ketua Daerah atau Ketua Anak Negeri.
"Kes-kes yang dibicarakan pada peringkat MAND adalah kes-kes semakan atau rayuan ke atas mana-mana keputusan penghakiman Mahkamah Anak Negeri daripada pihak-pihak yang berkepentingan dalam kes tersebut," menurut kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, setiap orang asal Sabah boleh memfailkan kes di mana-mana MAND untuk kes-kes yang melibatkan pelanggaran undang-undang atau adat negeri.
Adat negeri termasuklah perihal pertunangan, perkahwinan, perceraian, pengambilan anak angkat, penjagaan budak, belanja anak-anak, pertikaian sempadan tanah, hadiah atau pewarisan dengan wasiat dan tanpa wasiat.
Kenyataan DBKK itu bagi memaklumkan perbicaraan MAND Kota Kinabalu yang pertama tahun ini diadakan pada Rabu lepas (7 Feb) melibatkan kes pertikaian lot tanah kampung di Kampung Tenggiling, Menggatal yang berada dalam kawasan DBKK.
Hakim MAND itu tersebut diketuai Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah diiringi dua hakim pengapit daripada Mahkamah Anak Negeri iaitu Ketua Daerah OKK Edna Jessica Majimbun dan Ketua Anak Negeri Roger Meylin Impou.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 10 2024
Menurut kenyataan itu, setiap orang asal Sabah boleh memfailkan kes di mana-mana MAND untuk kes-kes yang melibatkan pelanggaran undang-undang atau adat negeri. - Gambar fail/Pexels
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai di Kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji, mulai 2 Jun hingga 20 Jun 2024.
"Safari" wukuf di Arafah, "Combat Medicine" di Muzdalifah
Pertempuran 278 petugas perubatan Tabung Haji semasa musim haji akan tempuhi fasa paling kritikal semasa Masyair apabila mereka akan lakukan "Safari" Wukuf di Arafah dan "Combat Medicine" di Muzdalifah.
Saya hanya hilang rumah, barangan tetapi di Palestin lagi teruk
Fatimah Abdullah reda dengan nasib yang menimpa akui dia hanya kehilangan rumah dan barangan tetapi tidak seperti nasib yang dialami rakyat Palestin.
423 kes di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.
Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara- PM
Rakyat dituntut agar kembali menjiwai dan mengamalkan roh Islam dalam apa jua situasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Jun 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 100,000 baucar buku ditebus dalam tempoh tiga hari - Fadhlina
Lebih 100,000 baucar buku telah ditebus setakat hari ini iaitu dalam tempoh tiga hari penebusan dibuka bermula 31 Mei lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
52 kes didaftarkan di Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu - DBKK
Sebanyak 52 kes didaftarkan untuk dibicarakan di Mahkamah Anak Negeri Daerah (MAND) Kota Kinabalu sejak 2012 hingga kini.
Sabin dilantik sebagai Mayor DBKK yang baharu
Datuk Seri Sabin Samitah dilantik sebagai Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
Gudang haram simpan lebih 1,000 tangki sisa buangan terjadual diserbu
Aduan dibuat penduduk kampung setelah menghidu bau kurang menyenangkan dipercayai bahan terlarang.
Penjaja Pantai Tanjung Aru mohon dibenar beroperasi
Menurut mereka, notis penutupan operasi tersebut diberi pada saat-saat akhir.
51 kompaun dikeluarkan gagal patuhi SOP, tiada lesen perniagaan
Antara kesalahan lain yang dilakukan termasuk meletakkan peralatan di kaki lima tanpa permit dan membina struktur bangunan tanpa kelulusan.
DBKK roboh 85 rumah setinggan haram warga asing di Kota Kinabalu
Operasi itu dijalankan di sebuah kawasan penempatan haram yang dihuni majoriti warga asing.
Video 'Bersatu seperti UMNO' itu cerita lama - Shafie Apdal
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan video mengaitkannya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang tular baru-baru ini adalah 'cerita lama'.